4 Julai 2013 - 14:13
Wahabi ungkap sikap hipokrit kepada dunia

Cendiakawan Islam Iran mengecam serangan terhadap ulama Syiah Mesir sambil menyatakan sikap hipokrit Wahabi telah terbongkar.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang ulama Iran mengutuk serangan terhadap ulama Mesir sambil menyatakan bahawa golongan Wahabi telah menyingkap sikap hipokrit mereka kepada dunia.

Setiausaha Agung Majma' Jahani Ahlul Bait Hujjatul Islam Mohammad Hasan Akhtari berkata demikian dalam satu majlis memperingati kesyahidan Syeikh Hasan Shehata yang di adakan di Masjid Ark. Tambah beliau lagi kebiadaban golongan Salafi Wahabi telah sampai ke kemuncaknya apabila membunuh orang Islam dengan berpura-pura kononnya mereka setia dengan keluarga Nabi Muhammad (s.a.w).

Menurut beliau lagi, kelakuan sesorang itu adalah jelmaan dari ideologi dan identitinya. Katanya, "Dunia Islam adalah saksi kepada jenayah golongan Wahabi, yang mempunyai pemikiran keras, mengizinkan mereka melakukan jenayah paling keji sedangkan mereka mengaku sebagai pengikut Nabi Muhammad (s.a.w).

"Pengikut ajaran Wahabi telah mengoyak hati manusia dan mengizinkan jenayah kejam di Syria sedangkan orang yang mengoyak hati Hamzah bapa saudara Nabi Muhammad  dalam perang uhud (pada tahun 625 Masihi) dan membakar jasad Mohammad bin Abi Bakr merupakan salah seorang daripada sahabat Nabi."

Ulama tersebut membaca ayat al-Quran dan berkata, kumpulan sesat ini berada di jalan yang selaras dengan kepentingan kuasa angkuh dunia dan Zionis, mereka ini layak digelar sebagai boneka Amerika dan rejim Zionis.

"Ahlusunnah yang sebenar ialah orang yang mengikuti Sunnah Nabi Muhammad (s.a.w), bukannya golongan Wahabi yang membunuh dan menjarah pengikut Ahlul Bait (a.s)."